Thursday, January 12, 2012

Kehilangan Yang Dirahmati

Firstly, adakah aku patut post entry ni...blum start pon dh meleleh...
Semalam, 11.1.2012, kami satu keluarga selamat kebumikan arwah anak buah pertama aku Ahmad Firdaus.
Abg dan kakak ipar aku, sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka lagi 3 minggu je lagi mengalami kehilangan yang amat memilukan bila their 1st child meninggal dalam perut mamanya 8.1.2011..jantung dan paru-paru ada air...
Ahmad Firdaus, damailah engkau di sana..bertuah kau sbb lahir2 tak bagi masalah pada org tua nya...
Ahmad Firdaus, tenanglah engkau bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...
Ahmad Firdaus, kalau kau ada hari ini, cantiknya engkau...2kg,48cm,hidung mancung ikut papanya, mulut dan mata ikut mamanya, putih kulit kau...
Subhanallah indahnya ciptaan Allah, tiada cacat cela untuk menghadap Ilahi...
Untuk abg aku, anak ini menunggu korang di pintu syurga, sambut 1st class punye...jangan dikesali dan diratapi pemergian anak ini kerana Allah pinjamkan kebahagian sebentar sahaja pada kite hamba-hambanya..
Untuk nur, mmg perit nak terima qada' dan qadar Allah ni..tp percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada jalan ceritanya.
Allah dah tentukan jodoh, ajal, maut, dan rezeki setiap manusia itu sejak 4 bulan dalam kandungan ibunya..
Percayalah, Allah bagi ujian untuk orang-orang yang Dia sayangi.
Keadaan nur semalam dan hari ini tak stabil, asyik diciumnya kain yang balut anak ini...xlepas2...
Abg aku pulak ke PD, kene setelkan Diploma pertahanan untuk kerjanya...kalau ditangguhkan, susah..nur meleleh je bile abg aku nk pergi keje..
Family aku dan family nur sekarang ni kene jaga je nur...mental n fizikal nur sgt fragile...
Tak boleh nak bayangkan nur punye perasaan...
Besar dugaan Allah pada kami...tp kita hambanya kene redha...
Innalillah hiwainna ilaihirajuun...

p/s: ada gmbr Ahmad Firdaus, tp syahdu la nak letak...

1 comments:

Nana said...

Subhanallah sedihnya...kena selalu teman dia jgn biar dia dok sorang2..